tips bila hampir spm

okay sebenarnya, ada junior yg mengadu kat aku cakap form 4 susah lah itu ini. eh meh sini aku cakap.

waktu form 4, normal lah failed killer subjects. lagi2 add math. memang tengah culture shock lagi jumpa subject baru. tapi usaha lah. faham kan silibus. jangan malu nak tanya cikgu. insha allah. jangan risau. bila korang masuk form 5 nanti, inshaallah, dah jarang jumpa fail fail tu. mungkin takde langsung fail. tapi kena usaha. bila dah masuk form 5, cikgu akan habiskan silibus awal2, then, cikgu akan focus apa yg student tak faham. time tu lah korang memang kena rebut peluang mantapkan part mana yg rasa cam goyah lagi je nak jawab time exam. jangan malu. sebab, yang korang tak faham tu sama je macam topic yg classmates korang tak faham. jangan malu, ingat. pastu, latihan cikgu jangan lupa buat. siapkan. mana tau tu dekat2 sama soalan exam hehehe aku dah banyak pengalaman camtu haha. waktu2 dah dekat exam, kena jadi telinga lintah sikit. latihan handout cikgu bagi semua tu inshaallah masuk exam hahaha tapi jgn pulak tak study chapter lain. pastu jangan buat hal dengan cikgu. usaha jaga hati cikgu. mulut tu jaga, jangan nak mengumpat cikgu. cikgu pun manusia jugak. kalau ada buat salah, cepat2 mintak maaf tau. takut tak berkat ilmu nanti. tu yang belajar bagai nak rak tapi tak masuk. haaaaa. pastu korang dah start ke banyakkan solat sunat, solat malam. lagi bagus kalau ada kawan yg alim sikit, memang rajin lah korang buat solat sunat. contohnya, solat sunat hajat, sebelum subuh, n lepas maghrib. sonat dhuha pukul 10 pagi ke waktu rehat. tau tak sempat, tapi dulu aku nak jimat masa beli makan dlm plastik tu, terus pergi surau. lepas solat sunat, sempat lagi makan. tak lama pun 2 rakaat je. solat tahajjud kalau tak larat nak bangun tengah malam, awal pagi lepas mandi tu solat lah kejap, sebelum azan subuh. dulu, ada satu cikgu ni, puan noris nama dia. sebelum dia pindah macam2 dia pesan kat aku. yg aku paling ingat, dia kata tiap2 hari bacalah surah yasin. insyaallah berjaya hidup. lepas tu, jangan kedekut ilmu. tak salah kalau kita tamak ilmu. kalau cikgu ada buat kelas tambahan utk certain students, tapi kau tak termasuk dalam list, jumpa cikgu tu personally, mintak baik2 nak join kelas tu. untung nasib ada kosong, masuklah. mungking tu kelas untuk pelajar yg markah low, kau pulak dah dapat A, ke B ke. jangan berlagak. tak mustahil budak2 tu dapat kalahkan kau nanti. masuk je kelas tu, apa salahnya. tak rugi apa pun. nak kata jimat masa, kalau kau tak pergi kelas tu pun bukan homework kau siap semua pun time tu kan. kalau penat boleh tidur, kalau terlepas ilmu? haaa cemana? pastu kalau kawan tanya soalan yg tak faham, tak rugi apa pun berkongsi ilmu. orang suka, hati pun gembira. seriously, seronok berkongsi ilmu, apatah lagi dengan hati yg ikhlas.

Hmm, tulah antara tips2 yg aku ada, dapatlah nak sampai kan kat korang ya.

Wassalam. Have a nice day 😊

Ulasan

Catatan Popular