how's life? (( throwback 2016 )) form 5 life, senior year



Assalamualaikum semuaaaa. hahaha dah lama dah tulis blog. Sekarang aku dah habis sekolah ((hooray)) but still cherishing the memories. 

Sebenarnya dah dua tiga hari tergerak nak update blog. But, banyak sungguh dugaan hahaha first, aku set home kat chrome ni youtube. hmm aku dah jumpa youtube, faham-faham je lah, memang lepas satu, satu benda yg aku nak tengok. first tengok MV, pastu tengok live performance pulak dan bla bla bla. Last-last, tak ke mana pun hahaha. Next time aku bukak laptop ni, okay aku terus pi blog aku. Stalk stalk lah sikit tengok aku punya blog yg mmg dah lama tak update ni. aku ingat dah bertahun tak update, rupanya last entry tahun 2015, masa aku form 4 haaa takde lah lama sangat tapi bertahun tu ye lah jugak. pastu aku try nak modify balik templat aku, then haaa kau terus ntah pape jadinya. huh sehari semalam jugak lah fikir cemana nak cari balik templat aku ni. pi cari templat baru kat blogskin bila nak guna je error macam macam ((huh)) nasib baik lah dapat balik templat ni haih ni pun ada yg dah hilang hilang. serik pulak rasanya nak edit edit bagai ni tapi kena jugak. pastu aku tengok lagi entry blog aku yg lama2 tu uishhh gambar zaman jahiliyah ((HAHAHAHA)) burukkkkk nanti lah aku padam hahaha pastu chatbox aku pun hilang, nak buat baru tak berani kaang hilang lagi templat aku, lagi satu sebenarnya aku dah lupa nak edit part mana kat html tu.

hahaha sorry eh tak masuk pun lagi cerita throwback 2016 aku tu. aku ni memang banyak cakap haha so kalau nak baca story aku memang kena bersabar sikit lah ya. alah sikit je tak banyak pun (rasanya lah)

 Okay lemme start. 2016. huh banyak cabaran tahun 2016 ni. tapi kenangan manis pun banyak. hmm senang cakap, seimbang lah. but that year aku rasa yg paling banyak stress berbanding tahun-tahun persekolahan yg lain.

 First, pasal sekolah k. tahun 2016, aku masuk form 5. huh senior year lah kan, since aku pun sekolah berasrama memang rasa lah jadi senior, lagi pulak takde kakak form 6 kan. haha tapi aku jadi senior takde lah jahat sangat. mulut aku ni saiko budak junior pun boleh kira ngan jari tau hahaha baik tak? k, saiko means perli ya. sebenarnya bukan sebab hati aku memang suci murni pun haha manusia weh, mana ada hati macam malaikat. sebenarnya, malas nak amik port. hmm kita ni kalau asyik nak cari salah orang, memang hidup tak aman, tak tenteram, tak sentosa. ni aku cakap ikut pengalaman lah. Dulu aku jadi senior yg tak berapa nak baik masa form 2. haha normal lah bagi aku sebab ye lah form 1 dulu jalan pun kena tunduk, takyah cakap lah bab lain kan so bila masuk form 2 memang seronok, jadi taiko pada budak form 1 eleh haha pastu datang sekolah untuk tidur dan lain lain lagi. lupa nak cakap aku dulu sekolah permpuan. start form 3 aku dah baik ehehe.

berbalik pada waktu aku form 5, hmm banyak sangat part menarik nak cerita, pasal pengawas, aku dapat jd timbalan ketua pemimpin murid but honestly, apa yg aku buat tak cukup untuk sumbang pada sekolah dan badan pengawas sendiri. sampai sekarang aku dok fikir yg sebenarnya ada orang yang lagi layak daripada aku. but, aku bersyukur, aku dapat jugak jalankan tanggungjawab aku dengan amanah (inshaallah) cuma tak cukup lah. Okay, pasal life form 5. seronok jugak, walaupun penat. rutin harian aku,((aku highlight supaya senang korang nak skip)) bangun, mandi, solat, pi sarapan ngan atiqah, pastu pi bilik pengawas, sign kedatangan, masuk kelas tambahan pagi. ngantuk2 tu pun paksa masuk ilmu kat otak, baru nak tidur lepas cikgu keluar, cikgu first period pulak masuk ish waktu tu aku rasa cam tak adil sebab cikgu masuk awal sgt walaupn sbnrnya memang time tu 7.30 pagi cikgu patut masuk kelas pun hahaha tapi aku ngantukkk. k pastu belajar, sampai rehat. rehat, makan. biasa budget aku makan dalam RM1.50 ke RM2.00 je. k pastu masuk kelas belajar lagi. waktu balik, makan kat dewan makan, solat, pukul 2.45 ptg masuk kelas tambahan, sampai pukul 4.30 ptg. sbnrnya, kebanyakan cikgu buat kelas tambahan pagi ngan petang tu untuk certain student je tapi aku personally mintak dengan cikgu untuk masuk semua kelas tu. alhamdulillah dapat. kita ni bila menuntut ilmu, tak salah kalau tamak. tapi, kena jadi pemurah untuk share ilmu tu. that's my prinsip lah. ilmu tu kat mana2 boleh dapat, tapi kan lagi berkat kalau cikgu yg ajar. pastu bila orang mintak ajar something, kita pun tunjuk. dia faham, kita dapat pahala. kan adil. okay, hidup kat hostel, aku lepas balik sekolah buat homework sikit, tidur. bangun mandi solat asar, main-main borak-borak ngan kawan2 jap kat common (bilik belajar) pastu pukul 6 pi makan. balik makan, buat homework sikit, solat maghrib. pastu borak sambil siapkan homework lagi saaaaaampai pukul 12. kalau tak siap lagi homework tu aku biasa bawak naik dorm sbb dah malam sgt lagi pun ada perintah berkurung semua dorm kena kunci pukul 12. since aku pun biro keselamatan, aku mestilah kena ikut kan. so kat dorm buat homework sampai siap (biasanya siap yg esoknya kena hantar je) pastu sebelum tidur, solat. hmm tulah rutin harian aku. that's why aku cakap tak amik port hal budak junior sbb memang agak packed lah jadul harian aku. tu belum masuk kena jumpa cikgu itu, cikgu ini, nak uruskan event tu event ini. yelah, dah form 5 pun tengah sibuk study kena jugak lah ambil tahu pasal pengawas kan. mana sempat nak uruskan, uruskan lah. nak cakap pasal busy, memang SANGAT busy. tak banyak masa lapang pun tu sebab kalau cuti hujung minggu tu memang tidur bangun tengah hari sebab hari lain kena stay up sampai pukul 1 setengah pagi minimum. homework memang SANGAT banyak tu sebab stay up pun cuma boleh siap kan homework untuk esoknya je, nak study semua memang kena tunggu weekend. yelah dah form 5 kan takde masa dah kau nak main2. masa tu kau dah rasa 4 tahun dah so tahun last ni kau memang kena serious. 

okay, habis cerita pasal sekolah, aku nak ucap terima kasih banyak banyak banyak banyak banyak pada manusia-manusia yg dah banyak berjasa pada aku.

1. of course untuk mak ayah aku yg sangat banyak berkorban. zaman-zaman sekolah ni lah paling banyak aku dapat nampak pengorbanan mak ayah. diorg byk habis duit utk belanja sekolah aku. kadang2 tak sampai hati nak mintak duit, sbb tahu mak ayah bukan orang kaya, berhempas pulas cari duit untk tanggung keluarga sampai nak beli baju pun tengok je tunggu 4,5 bulan baru beli, tu pun kalau betul2 nak sebab nak bagi simpan duit. kesian tau tak. that's why aku azam, nak kerja bagus, biar otak penat janji duit banyak, boleh tolong mak ayah, simpan harta, beli benda yg aku tak dapat nak beli.

2. pada cikgu2 aku yg tak penat bagi tunjuk ajar. BM, puan nuraini. cikgu baru kat sekolah aku tapi banyak pengalaman. dia banyak nasihat aku, dah rasa macam mak sendiri haha. kadang2 kitorg duk mempersoalkan hukum bahasa sampai hampir fed up dibuatnya haha maaf ya cikgu. BI, miss lum. cikgu ni lawaaa sangat. comel haha. saya harap teacher cepat2 get married ya. miss lum pun banyak tolong. eh, kau ingat senang ke nak menghadap karangan berjela-jela yg student kau buat dengan grammatical error pun banyak dengan correction tak siap nak kelas tambahan lagi huh tabik lah miss lum. kerja dia cepat je walaupun sebenarnya melambak benda dia kena buat. MATH MOD, puan suraya, cikgu math yg dulu masa form 2 anti dengan aku sebab aku datang sekolah untuk tidur. hmm kesian dia kena tahan dengan aku. aku tabik lah dengan cikgu2 yg kena keluar duit poket sendiri utk provide latihan utk student. seriously, banyak latihan puan suraya bagi alhamdulillah berhasil nampaknya. terima kasih cikgu. ADD MATH, aku ada dua cikgu, puan redzwana, n madam ong. puan redzwana ni lembut je. dia kalau ajar aku selalu perhati dia. hahaha lawa, lembut, kurus, putih uish hahaha jangan risau, aku straight walaupun sekolah perempuan semua. cuma adore lah macam isteri mithali gitu, bila kita tanya soalan yg mmg dah buntu nak solve cemana, lembut, sabar je dia ajar sampai faham. madam ong pulak. fuhh punya banyak latihan dia. dia punya koleksi soalan dia, drpd setipa negeri, setiap peperiksaan dia ada. pastu dia provide kitorg satu modul setiap bulan tau tak semua tu kena siapkan tak masuk latihan past year lagi haha beg berat sebab banyak sangat latihan add math hahahaha alhamdulillah, pandai lah jugak nak jawab add math. dulu masa form 4 aku belajar dengan cikgu zabha. cikgu ni mmg role model lah. personaliti dia memang untung sape jd bini dia, bahagia dunia akhirat, agama mantap tau tak fuhh susah nak jumpa orang macam dia. adore je lah, laki orang kan kehkehkeh. cikgu sendiri lagi pun. seriously, cikgu add math ialah cikgu paling penyabar. CHEMISTRY, miss goh. miss goh ni kalau kita tak faham, penerangan dia, fuhh aku rasa boleh buat buku memang jelas dan tepat. untung aku dapat tuntut ilmu drpd dia. actually, semua cikgu kimia sekolah aku pun gitu hahah tapi entah lah aku rasa miss goh ni special. mungkin sebab aku tak sangka dia kenal aku kot. yelah aku ni dah lah budak asrama, bukan budak luar, pastu takde lah famous mana pun tu yg terkejut bila cikgu2 kenal aku. hahaha thats what examination results can do to you. alhamdulillah. PEND. ISLAM, puan rosmawati. apa2 soalan berkaitan agama, yg takde dalam silibus puna ku tanya dia hahaha sayang aku kat dia hahaha. PHYSICS, cik fadzilatun orang selalu panggil dia cik ton. hmm aku selalu tidur lepas siapkan kerja dia, kesian dia penat sabar ngn aku hahaha sorry eh cikgu physics waktu tengah hari. hahaha  

3. Aku pun nak berterima kasih kat kawan2 aku. aku nak sebenarnya mention satu2 kat sini tapi memang ramai sampai tak tersebut rasanya. sebab budaya kat sekolah aku kalau kawan tanya pasal study memang kena jawab. aku banyak tanya kawan2 aku pasal apa yg aku tak faham, and diorg pun dengan sabarnya siap bukak buku itu ini dok menerangkan kat aku. yg terharunya sampai tolak tepi homework diorg sebab nak ajar aku sorg. fuhh giler tak terharu? so sebagai balasan, aku buat benda yg sama kat kawan2 yg lain. tau tak nikmat berkongsi? bila kita sungguh2 kongsi ilmu, dia faham. dia cakap terima kasih dan dia dapat buat sendiri soalan tu ya allah rasa puas nya tu masyaallah, indah. serious, yelah, bukan senang beb study.

4.untuk pengawas, terima kasih banyak2 pada budak form 4 yg byk ambil alih tugas kitorang yg form 5 ni. banyak dah korg tolong kitorang. awal tahun je kitorang pegang badan pengawas tu lepas tu terus korg yg uruskan maaf ye, terpaksa. alasan busy tu kenyataan, bukan direka. korg masuk form 5 ni korg akan jalani benda yg sama jugak.

 5.utk orang dewan makan. maaflah ya kalau kitorang budak asrama ni asyik complain itu ini hahaha maaf maaf. terima kasih, 5 tahun kitorang makan kat dewan makan tu. dapat jugak survive nak belajar kan.

6. untuk penyelia asrama, puan asmah. maaflah sebab banyak susahkan puan. kesian puan nak kena fikir pasal kebajikan kitorg tapi kitorang ni tak berapa pandai nak hargai. maaf ya.

7. untuk warden2 asrama. cik farah, cik huda, maaf kitorg pernah singgung hati cikgu. kitorang degil. maaf ya buat cikgu malu dengan pengetua. cik haslina, cik fifi, terima kasih dan minta maaf tak dapat jalankan tugas mtp dengan sempurna. cik haslina, terima kasih pernah belanja makan, cik fifi terima kasih belanja tengok movie cerita seram kat bilik warden hahaha seronok lah. i'll miss that moments.

8. untuk kaunselor, puan jamilah. terima kasih sudi luang masa dengar masalah saya, tenangkan saya, apa semua. dan maaf jugak kalau tugas saya tak memuaskan cikgu.

okay thats my throwback story. sekarang ni lagi berapa hari je nak dapat result spm harap2 capai target. inshaallah doakan lah ya. terima kasih. wasalam.

"Be like the flowers. That come war, hell or high water always come blooming when the cycle comes to spring." - Hlovate.

Ulasan

Catatan Popular